.

Pages

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Wednesday, August 24, 2011

Sombong


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.”
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Tuesday, August 2, 2011

Ayam bisa ngomong ya?



Assalamua'laikum rakan-rakan...nak share sikit tentang ayam...

Ayam : Hey manusia...kalau kau hebat kau jawab teka teki aku.

Manusia : Apa kau fikir kau hebat. Huh...

Ayam : Kau rasa kau boleh jawab ke?

Manusia : Mestilah, aku manusia.. ko tu ayam..

Ayam : Bacalah ayat-ayat Allah pada lutut kau.

Manusia : Kau ni betul ke tak ayam. Mana ada ayat-ayat AAllah kat lutut aku.

Ayam : Apa kah perbezaan lutut ayam dan lutut manusia?

Manusia : Bezanya tempurung lutut lah. Tempurung lutut manusia di depan. Tempurung lutut ayam di belakang. Apa kaitannya dengan ayat-ayat Allah?

Ayam : Allah jadikan tempurung lutut ayam dibelakang untuk seekor ayam mengeramkan telurnya kerana ayam telahpun diperintahkan untuk mengeramkan telur. Manakala, tempurung lutut manusia diciptakan dihadapan kerana manusia telah pun diperintahkan untuk solat. Dengan luut yang dilindungi oleh tempurung lutut, manusia boleh beribadah dengan sempurna.

Manusia : MasyaAllah. Kenapa aku langsung tidak terbaca ayat-ayat Alalh ini.

Note : Kisah ini telah diceritakan oleh seseorang yang memeluk Islam setelah dia mendapat mimpi bercakap dengan ayam. Melalui kisah ini juga telah ramai ilmuan diluar sana yang memeluk Islam kerana seekor ayam.


Thursday, July 21, 2011

Naruto dan mesej tentang freemason

Assalamua'laikum sidang pembaca blog daun mengkudu (DM) yang DM hormati. Kali ini DM nak share sikit tentang anime yang telah lama terkenal ni iaitu Naruto. Apa yang bakal DM kongsikan ini adalah berdasarkan pemerhatian berterusan sepanjang DM mengikuti anime ini. Naruto adalah satu komik yang di tulis oleh Masashi Kishimoto. Apa yang menarik dari hasil komik Masashi Kishimoto ni ialah, beliau pandai mengolah satu cerita secara complicated dalam satu judul. Dalam komik beliau ni, terdapat unsur-unsur agama, fakta sains, ilmu kebatinan yang sememangnya ada, dan juga unsur-unsur kejahatan atau lebih kita kenali sebagai freemason. Apa yang DM nak sampaikan pada entri kali ini ialah "Naruto dan Mesej Tentang Freemason" InsyaAllah, DM akan menulis naruto dan hubung kaitnya dengan hal-hal yang lain di masa yang lain.

Mari kita sama-sama ketahui hubungkaitnya melalui watak-watak yang terdapat dalam komik tersebut :

Profil+Tobi Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Tobi@ Uchiha Madara

TOBI atau UCHIHA MADARA(nama sebenar) adalah pengasas sebuah puak yang bernama UCHIHA dan juga menubuhkan organisasi AKATSUKI .Dia merupakan seorang ninja yang telah hidup dari zaman dahulu lagi dalam cerita komik ni dan dikatakan sebagai kehidupan kekal abadi. Dia merupa DALANG di balik semua KEBURUKAN dengan memanipulasikan fikiran,pembohongan serta fitnahnya amat luar biasa dan dialah yang telah mencetuskan perang ninja ke 4.

“Allah tidak menurunkan ke muka bumi -sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat- fitnah yang lebih dahsyat dari fitnah Dajjal.” (HR Thabrani 1672).

Cuba perhatikan dialog yang disampaikan oleh tobi MADARA ini dalam ‘MOON EYES PLAN’ :
moons eye plan Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Melalui dialog ni, dia merancang hendak menyatukan segala-galanya. Ianya hampir sama dengan penubuhan dunia baru oleh golongan freemason.


juubi Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Juubi

JUUBI (binatang raksaksa) adalah raksaksa bermata satu yang ingin dibangkitkan oleh MADARA yang kebetulan juga bermata satu. ianya berekor 10. Juubi akan hidup sekiranya kesembilan jincuriki dikumpulkan. Ianya sama dengan rancangan freemason ingin membentuk satu pintu gerbang tempat keluarnya dajal(menurut mereka) dengan mendirikan 9 bangunan besar disetiap titik tenaga dunia. Salah satu bangunan tersebut ialah KLCC.

Bentuk asal mata JUBBI. Jika kita SAMBUNGKAN menjadi simbol :
mata+juubi Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
ADAKAH IANYA KEBETULAN atau ada MESEJ yang ingin disampaikan oleh pelukis komik ini?

Pain Ke 7 @ Nagato
Pain ke 6 @ Yahiko
Pain atau nama sebanarnya nagato adalah ketua AKATSUKI,dia mempunyai MATA DEWA(rinnegan) dalam agama buddha dan mesir,mampu menghidupkan orang yang telah mati dan mencipta sesuatu mengikut kehendaknya. Pain telah mengetuai Akatsuki setelah dihasut oleh Madara atau tobi. (Tobi ni kerjanya nak fitnah dan hasut orang je)
mata+rinnegan Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Mata Rinegan Milik Pain
illuminati Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Lambang mata yang terdapat pada duit 1 dollar
Uchiha Sasuke
UCHIHA SASUKE adalah WATAK kedua dalam cerita ni..Semasa dia keluar dari kampung konoha, dia hanya bertujuan untuk membunuh abangnya, tetapi setelah di hasut oleh Tobi(dia lagi yang hasut), dia akhirnya menyertai akatsuki.
illuminati+mata+sasuke Mesej Dan Unsur Illuminati Dalam Cerita Naruto, Betul Ke?
Mata Sasuke dan Hexagram Satanism
Mungkin Masashi Kishimoto ingin kita mengetahui maksud dari MESEJ yang ingin disampaikan,iaitu bahawa..kesemuanya itu berkaitan dengan apa yang terjadi dalam dunia REALITI kita sekarang…WATAK WATAK ANTAGONIS dan tiap-tiap simbol itu ada mengandung maknanya sendiri..sesiapa yang mengikuti siri komik ini dari mula hingga sekarang pasti terasa persamaan antara watak MADARA yang mirip akan ciri-ciri tentang DAJJAL,PAIN yang mirip akan Horus(DEWA MATAHARI),dan Sasuke yang makin gelap hatinya dan menuju jalan kejahatan dan kesyaitanan.
Pelukis mungkin terbaca akan kisah-kisah ini dan saya amat mengagumi kecerdikan dan idea yang dia selitkan ,dia juga tidak lupa menyampaikan MESEJ bahawa Kebenaran akan selalu menang melawan Kejahatan..ia nya sama sahaja seperti kisah Al Masih Dajjal yang akan dikalahkan oleh Nabi Isa a.s yg dibantu oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti, kan?

 
Ai, takkan tengok je.^^'

Followers

Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net ip ebay tracker