.

Pages

Wednesday, March 9, 2011

Bukti Cinta

IKHLAS takkan pernah LAHIR hinggalah seseorang itu berhenti mengharapkan BALASAN dan melupakan kewujudan ALASAN.Fokusnya Jiwa Ikhlas bilamana Hati dipandu dengan Niat yg mampu memecahkan dimensi 'masa' yg mbawa pd output luarbiasa.~Nurrul Aleeffa

If you are really love. Set it free. Itulah perkataan yang sering kali berlegar dalam ruangan minda aku sejak sekian lama. Sepertinya ingin aku betul-betul memahami  maknanya. Set it free!!!! If you are truely love someone!!!! Ya.. itulah sebaiknya!!!

Kenapa!!!!

Dan bagaimana melakukannya????!!

Jujur saja.. aku hanya bisa merapu namun aku sendiri belum yakin yang aku bisa melakukannya. Sekurangnya aku berusaha untuk menuju kearah itu. Itu lebih baik kan. Daripada hanya berdiam diri tanpa sebarang tindakan.


Rasulullah (s.a.w) menyuruh sampaikan ilmu yang kita tahu itu walaupun satu ayat al-Quran sekalipun

Atas dasar itu. Aku tetap terus menyampaikan apa sahaja yang aku tahu tentang Islam walaupun aku sendiri menyedari aku bukanlah yang terbaik untuk berbuat demikian.

Berbalik kepada pokok persoalan.. Set it free... Kenapa perlu set it free??? Jujur saja saat aku menulis entri ni.. berat sekali untuk aku melepaskan seseorang itu pergi. Namun saat kesukaan kami. Kami masih ada TUHAN dan kami kena kembali kepadanya. Itulah dasar pertama yang kena diambil kira saat anda mengambil keputusan untuk mengatakan cinta. Adakah cinta itu membunuh jiwa anda??? adakah cinta itu melalaikan anda??? ataupun mungkin sebaliknya kan??? ya... Cinta pernah membunuh jiwaku.. dan aku takkan biarkannya merosak jiwa aku untuk kali yang keduanya... disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk membuat entri kali ini... mungkin juga ini entri terakhirku.. atas sebab-sebab tertentu sampai suatu saat, blog ni pun akan aku delete. Berbalik kepada perbincangan tadi. Set it free!!! jika benar sayang biarkan mereka bebas menjalani kehidupan mereka.. itulah yang ingin aku maksudkan. Biarlah orang yang anda sayangi itu bebas menjalani kehidupan mereka. Jangan disuntik perasaan rindu, berahi, risau dan segala perasaan yang setiap orang akan rasakan ketika asyik bercinta. Ianya hanya melalaikan mereka. Dan mungkin juga anda sendiri yang jatuh akibat ketidaktegasan anda dalam perkara ini. Ya, saya akui. Memang berat jika anda melihat si dia sahaja tanpa apa-apa hubungan pun. Tapi percayalah. Itu adalah lebih baik daripada anda menjalin satu hubungan yang tidak pasti dan tanpa haluan yang diredhoi Allah.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat 7 golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:
  • Pemimpin yang adil
  • Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah
  • Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid
  • Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
  • Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: "Tidak...saya takut kepada Allah".
  • Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya
  • Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.
Apa yang ingin saya tekankan ialah dua orang yang saling menyayangi kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Hadis ni saya ketahui sejak saya tingkatan 1 lagi. Ianya menjadi pegangan saya sampai saat ini. Bagimana saya melakukannya?? Ingin tahu??? ya, akan saya ceritakan. Bila mana saya mencintai seseorang. jujur saja, hati saya juga berat seperti hati-hati kalian diluar sana. Rindu, cinta dan jika sehari tidak melihatnya seperti setahun lamanya.. Dan itu biasa!!! Ya saya anggap biasa.. Kalau tak tiada yang sanggup bunuh diri dan ada juga yang sanggup letak jawatan dalam persatuan kan. Gara-gara perasaan yang dianggap simple dan mudah. Huhuhu... melalut dh ni... tak pe...asalkan ada isi kan...

Cinta itu fitrah. Setiap jiwa yang ada memerlukan cinta. Cinta juga buta. tanpa mengenal usia dan waktu ianya datang. Datang tanpa diundang kadang pergi tanpa meninggal pesan. Seperti dunia ini tiada bermakna saat jatuh cinta. Lebih-lebih lagi pada seorang yang kita anggap cukup sesuai dengan diri kita apatah lagi si dia mempunyai banyak ciri-ciri persamaan dengan anda. Itu lah sebahagian dari cinta. Opps.... itu hanya sebahagian!!!! Cinta itu luas maknanya. Namun, Kali ni saya hanya berniat untuk menghuraikan salah satu darinya. Iaitu cinta dari perspektif evolusi matrik (aku sendiri la tu)

Kadang aku sendiri keliru berkenaan hukum bercinta antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Sesetengah sumber mangatakan hukum nya halal dan ada juga sumber yang menjelaskan haram. Erm... apa pendapat anda....
Perhatikan dalil di bawah

"..dan janganlah kamu menghampiri zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.."
[17:32]
Menurut pamahaman saya sendiri melalui ayat ini. Setap perkara yang membawa kearah perzinaan adalah haram. Contohnya seperti couple, SMS, calling, dating dan seumpamanya yang membawa kearah zina. Semuanya haram!!!!! Jika pemikiran seperti ini terus dipertahankan, akan lebih banyak kekeliruan yang akan berlaku. Kenapa??? Anda fikirkan sendiri. Bagaimana pula couple yang membawa perubahan kearah yang lebih baik??? SMS yang membina dari seorang yang amat dicintai dan calling yang saling menasihati. Pada saya yang sedemikian tidak termasuk dalam hukum haram. Kerana kesan daripada perbuatan itu membawa kearah kebaikan dan ianya tidak termasuk dalam dalil yang disebutkan. Allah bagitahu perkara yang membawa kearah zina!!!! Itu sahaja berkenaan hukum. Saya belum layak lagi untuk menghurai berkenaan hukum dengan lebih mendalam.

Sepertinya perbincangan kita semakin jauh dari tajuk. Set it free........ biarkan si dia secara fitrah tidak bermakna mengabaikan sidia begitu sahaja. Anda masih boleh bertegur sapa, saling menasihati dan saling mencintai. Bukanlah maksud set it free itu anda terus melepaskannya terus kepada orang lain. dan hanya percaya kepada jodoh semata-mata tanpa berusaha untuk mendapatkan dan mempertahankan perasaan cinta anda. Anda boleh secara diam menjaga keperluannya. Anda juga boleh secara diam mengambil berat tentangnya. Dan anda juga boleh secara diam mencintainya. Tanpa memberitahu kepada ramai "dia couple aku!!! hohoho...melampaunya kalau macam tu...hahaha... itulah sudut pandang cinta menurut aku sendiri. Masyarakat kita jika menyebut tentang maruah seorang perempuan. Sering kali mereka mengutamakan kegadisan wanita tersebut. Hakikatnya itu tidak penting. Wanita itu lebih bermaruah jika mereka  mampu menjaga hati mereka dari perkara yang melalaikan. Bagaimana pula maruah seorang lelaki?? Maruah seorang lelaki itu juga bergantung pada keupayaan mereka menjaga hati mereka dari perkara yang melalaikan. Betulkah begitu??? ya!!! itulah sebetulnya. Dan seorang lelaki itu lebih bermaruah jika mampu menjaga maruah wanita-wanita mereka...

Sekian saja untuk tajuk ni... InsyaAllah.. Jika Allah izinkan... saya akan delete blog ini dalam masa terdekat.. kerana blog ini juga telah melalaikan saya. itu juga haram kan....Assalamua'laikum..




No comments:

Post a Comment

 
Ai, takkan tengok je.^^'

Followers

Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net ip ebay tracker