.

Pages

Friday, March 25, 2011

Huh...

Huh...
Hari ke hari semakin kuat mengeluh,
Semakin jauh melangkah semakin besar ujian,
Semakin besar ujian semakin aku lemah,
Lemah dalam pemikiran juga lemah dalam tindakan,
Aku cuba jadikan ia sebagai didikan,
Namun kadang aku tergelincir,
Jauh dari landasan sebenar,
Merangkak meraba mencari cahaya,
Kegelapan menyelubungi hati buat kali kedua,
mungkin kerana aku leka,
juga mungkin kerana aku lupa akan tuhan yang esa,
Semua daya dan kekuatan datang darinya,
Aku sering menganggap itu kemampuanku,
Hakikatnya aku hanya meminjam sedikit kelebihan dari yang esa,
Ya Allah ya tuhanku,
Tunjukkan aku jalan lurusmu,
Tunjukkan aku perancangan yang engkau buat untukku,
Aku cinta padamu ya Allah,
Berilah peluang padaku untuk mencintai orang yang aku cintai,
Didiklah jiwaku,
Didiklah perwatakanku,
Didikkanlah juga daya fikiranku,
Amin............



No comments:

Post a Comment

 
Ai, takkan tengok je.^^'

Followers

Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net ip ebay tracker