.

Pages

Wednesday, August 24, 2011

Perbicaraan nafsu dan Iman


Nafsu : Aku tidak dilahirkan dalam keluarga kaya. Banyak perkara aku terpaksa bataskan kerana kekurangan ini. Tidak pernah terlintas dalam fikiran yang aku akan melanjutkan pelajaran di kolej swasta. Suatu masa dahulu, aku berhajat melanjutkan pelajaran ke matrikulasi dan seterusnya menyambung ijazah di Jepun dalam bidang kejuruteraan kimia. Selepas keputusan SPM keluar, tawaran ke sana aku terima namun aku terpaksa melepaskan peluang tersebut kerana kekurangan yang ada ini. Hal ini membuatkan aku hilang minat untuk belajar. Walaupun aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan, namun ianya secara paksa. Aku belajar, tetapi hanya ala kadar.

Iman : Sungguh, Allah tidak uji kamu jika kamu tidak mampu menghadapinya. Masih ramai orang-orang kaya diluar sana dianugerahkan kekayaan. Mereka mampu melakukan apa sahaja. Namun, ramai yang leka hingga lupa pada Allah. Kekayaan mana yang kamu pilih? Kaya mengingati Allah ataupun kaya harta tapi ingkar pada Allah?

Nafsu :Aku sering kali menjadi pilihan terakhir. Semasa di sekolah dulu, aku dipilih untuk mengetuai semua pelajar. Hal tersebut pun gara-gara pelajar yang sepatutnya memegang tanggungjawab tersebut terlibat dalam masalah gay. Semasa di kolej juga begitu, tiada siapa melihat kemampuan aku, mereka melantik ketua-ketua mereka di kalangan mereka yang berjubah dan pandai sedikit bercakap hal agama. Aku bukannya tidak pandai agama. Aku cuma bercakap jika ada pertanyaan. Semasa lantikan tersebut, aku menolak. Tetapi akhirnya aku terpaksa akur. Seminggu kemudian, aku terpaksa menyelesaikan tugas-tugas ketua lama secara sendirian. Masa tu mereka merancang mengadakan perkhemahan. Aku terpaksa 'cover' segala masalah yang berlaku sepanjang program tersebut mereka laksanakan. Pada saat-saat akhir, aku cari budget, tempat, dan modul. Hal ini membuatkan aku terlalu terkilan. Kenapa harus aku menyelesaikan masalah yang telah mereka timbulkan. Kenapa harus aku menjadi pilihan terakhir?

Iman : Syukur lah pada ketetapan Allah. Tidak Allah jadikan perjalanan hidupmu begitu jika dia tidak tahu apa yang terbaik untukmu. Kamu masih beruntung kerana tetap menjadi pilihan walaupun pilihan terakhir. Ramai lagi mereka diluar sana langsung tidak terpilih. Bukankah kau sering kali di datangi sahabat-sahabatmu yang mengadu tentang hidupnya. Dan ada yang berkata sepertimu juga bahkan lebih teruk lagi nasib mereka.

Nafsu : Aku dulunya seorang ketua. Apabila aku sudah bebas dari tanggungjawab tersebut. Sahabatku menggantikan tempatku. Semasa aku bertugas dahulu, tiada siapa yang tahu hasil kerja aku. Masa tersebut, ramai yang menghormatiku. Bila aku melepaskan tanggungjawabku, hanya segelintir sahaja yang tetap menghormati kata-kataku. Adakah rasa hormat itu hanya bila kita punya kuasa dan pengaruh sahaja?

Iman ; Pada zahirnya kelihatan sebegitu, namun harus diingat, ikhlaskan diri atas setiap yang telah disumbangkan. jangan mengharap pengiktirafan dari manusia. Kejarlah pengiktirafan dari Allah. rendah diri dan tawaduk apabila menjadi seorang ketua itu penting. Walaupun rasa hormat mereka sudah tiada, sekurangnya hasil usaha kamu tetap nampak hasilnya.

Nafsu : Aku tidak punya penampilan yang elok. Kadang, bila seseorang digosip denganku, mereka kurang senang. Mungkin mereka merasa malu kerana digosip denganku. Aku bukanlah seorang yang terkenal. Aku juga bukan lagi seorang ketua. bahkan aku tidak punya apa-apa yang perlu dibanggakan. Adakah semua itu faktor penyebab mereka malu digosip denganku. Jika dulu, aku dianggap penting dalam sesebuah organisasi, ramai yang bangga bila digosip denganku. Bila aku melepaskan segala kepentinganku, mereka yang dulu rapat denganku mula memfitnah hingga aku sering kali mendpat sms cacian. Sering juga aku berfikir, inikah hasil daripada pertolongan ku terhadap mereka.

Iman : Penampilan elok itu penting. InsyaAllah, wanita yang baik tidak melihat apa yang kamu ada sebagai ukuran persahabatan mereka terhadapmu. Semoga fitnah-fitnah dilempar kembali kepada mereka.

Nasfu : Sekarang aku mengharap perhatian dari seorang wanita yang aku sukai. Namun, dia cuba mengelak diri dariku. Kenapa begitu?

Iman : Setiap dari kita punya perasaan berbeza. Setiap dari kita juga punya harapan yang sering tidak diketahui oleh seseorang. Jika melihat daripada apa yang pernah berlaku dalam hidupmu. mengelak diri itu lebih baik daripada kamu terus menghampir dan memikat. usaha setinggi manapun, jika dia bukan jodohmu tidak berguna juga. Apa kamu ingin kisah lalumu berulang untuk kali ketiga? Cukuplah ianya berlaku sebanyak dua kali. Biarkan dia dengan hidupnya tanpa dia ketahui perasaanmu. Suatu saat nanti, jika dia memang untukmu. Allah pstikan mendetikkan hatinya.

PESANAN kepada pembaca : Hopefully no spekulasi^^

No comments:

Post a Comment

 
Ai, takkan tengok je.^^'

Followers

Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net ip ebay tracker